Tentera Jepun di Singkawang, 1942 Penjajahan Jepun di Borneo

Ia disedari di Ibu Pejabat, Pemerintah Malaya, bahawa tentera Punjabis akan memerlukan dengan segera makanan dan peluru. Pada 30 Disember peninjauan udara telah mengesahkan bahawa lapangan terbang tersebut tidak sesuai untuk digunakan. Dengan itu, Ibu Pejabat membuat perancangan bagi bekalan digugurkan dan pada hari yang berikut tiga pesawat Blenheims dari Singapura, diubahsuai bagi membawa kontena, berjaya menjatuhkan 900 paun bekalan di lapangan terbang.

Tentera Jepun merancang untuk menyerang lapangan terbang daripada sebelah utara, dan juga dari barat oleh pasukan yang mendarat di pantai. Serangan ini dilewatkan oleh cuaca buruk sehingga hampir seminggu, tetapi pada 24 Januari lima Kompeni musuh maju sepanjang jalan sempadan Belanda, dan unit Ke-25 telah sampai di sebuah kampung dua setengah batu di timur laut dari lapangan terbang. Setelah memusnahkan kedai dan berek, pihak bertahan melancarkan serangan pada 26 haribulan yang dapat ditangkis. Petang itu satu serangan balas berjaya menbergerak di sebelah rusuk mereka dan awal 27 haribulan arahan diberikan bagi berundur dari lapangan terbang.

Semasa pengunduran tersebut, dua platun Punjabi telah dikepung tetapi, menolak untuk menyerah, mereka bertempur di bawah pegawai India mereka sehingga lewat petang. Ia hanya apabila peluru mereka kehabisan dan pihak musuh menyerang dalam bilangan yang banyak barulah kumpulan kecil itu meletakkan senjata. Lapuran tentera Jepun telah menunjukkan kemalangan jiwa mereka kepada dua platon kecil ini sebagai antara 400 dan 500 terbunuh atau cedera. Daripada tujuh puluh orang Punjabi yang bertempur hanya tiga yang terselamat. Bakinya tidak pernah kelihatan lagi; terdapat bukti menunjukkan bahawa mereka telah dengan dibunuh dengan kejam oleh menjadi tentera Jepun yang marah. Pada petang ke-27 Januari baki tentera Punjabi menyeberangi Sungei Sambas dan mengambil kedudukan di tanah tinggi di Ledo, lima belas batu barat daya lapangan terbang.

Sementara itu tiga buah kompeni tentera Jepun telah meninggalkan Kuching menggunakan perahu kecil pada waktu malam yang ke-25 dan oleh pada subuh ke-27 haribulan telah mendarat di Pemangkat di sebelah barat dari lapangan terbang. Menyerang ke timur laut dan selatan dan menerima tentangan kecil, mereka dengan cepat menawan perkampungan pantai dan bergerak ke arah Bengkajang, dengan itu mengancam bagi mengepung pasukan Bersekutu di Ledo.

Selepas pertempuran di lapangan terbang Singkawang II pasukan British-Belanda berundur ke Sanggau. Di sana pasukan ini berpecah dan askar Belanda pergi ke Sintang, manakala askar British-India pergi ke Nanga Pinoh. Pada 29 haribulan, selepas beberapa siri pertempuran barisan belakang, pasukan Punjab berundur ke Ngabang dan dua hari kemudian ke Nanga Pinoh. Pada ketika ini tentangan lanjut adalah tidak berguna, dan pada 4 Februari, pasukan Punjab dengan persetujuan Belanda bertolak dalam dua barisan ke Sampit dan Pangkalanboeoen di persisiran selatan. Pihak British cuba untuk keluar dari Borneo melalui arah selatan. Matlamat mereka adalah untuk mencari stesen radio di Sampit (atau jika yang gagal di Pangkalanboen) untuk berhubung dengan Pulau Jawa atau untuk sampai ke salah satu pelabuhan di selatan Borneo.

Banyak yang boleh ditulis mengenai pengalaman berbaris melalui hutan yang belum dijelajahi sepenuhnya dan kawasan berpaya yang membanjiri selatan Borneo. Bergerak merentasi jalan hutan dan menaiki rakit dan bot di sungai yang merbahaya, kekurangan makanan dan pakaian, dan sentiasa terdedah kepada panas tropika dan hujan, mereka akhirnya sampai ke pantai. Pasukan Blitz ini telah sampai di Sampit pada 14 Februari 1942, di mana mereka mendapati stesen radio itu telah dimusnahkan, dengan itu mereka segera bergerak, melalui Samboeloe, ke Pangkalanboen, dan tiba pada 19 Februari. Pada masa yang sama, kompeni C dan D berpecah kepada tiga kumulan perbarisan.

Kompeni Staff yang pertama tiba di Sampit pada 1 Mac 1942. Dari Sampit, bot dihantar untuk membawa kompeni C, manakala kompeni D di arah agar tinggal di Kotabesi. Kompeni C dan Staff berbaris ke selatan Sampit tetapi pada 7 Mac mereka diberitahu bahawa tentera Jepun telah mendarat 14 km ke selatan dari mereka. Satu platun dari kompeni C telah dihantar bagi misi peninjauan tetapi ditembak. Oleh kerana tentera British mempunyai peluru yang terhad, mereka berundur dan berpatah balik ke Sampit. Akibat Keletihan 104 orang askar terpaksa ditinggalkan semasa pengunduran. Daripada Sampit baki tentera kembali ke Kotabesi di mana mereka bergabung dengan kompeni D dan bersama mereka menuju ke Pandau, di mana mereka telah diberitahu bahawa Tentera Belanda Hindia Timur telah menyerah di Pulau Jawa. Mereka kembali ke Kenamboi melalui bot. Pada masa itu siaran Jepun mengesa kesemua pasukan Berikat di Belanda Hindies Timur untuk meletakkan senjata mereka. Siaran telah diikuti dengan satu ancaman tindakan balas sekiranya tentangan diteruskan.

Kompeni A dan B cuba pergi ke lapangan terbang Kotawaringin. Mereka tidak bertembung dengan sebarang tentera Jepun dan tiba di Kenamboi pada 23 Februari, di mana mereka bersatu kembali dengan kompeni C dan D. Pada 31 March 1942 sebuah kapal Jepun telah tiba di Pangkalanboen (atau Koemai). Taktik bagi berundur ke dalam hutan yang bergunung-ganang telah dipertimbangkan, tetapi pengalaman pahit beberapa minggu lalu menjadikan ia jelas bahawa tentera itu tidak mampu bertahan lama di dalam hutan dengan iklim yang mencabar. Dengan itu, perintah untuk menyerah diri diberikan dan pada 1 April 1942 kesemua senjata dilucutkan.

Di lapangan terbang Kotawaringin telah ditempatkan satu pasukan kecil Belanda (sekitar. 250 orang). Garison ini tidak pernah terlibat dalam mana-mana pertempuran dan mereka kemungkinannya melucutkan senjata mereka pada hari yang sama dengan tentera British.

Dalam tempoh sepuluh minggu sejak meninggalkan Kuching, pasukan 2/15th Punjab terbabit dalam banyak pertempuran, menyebabkan ramai yang tercedera oleh musuh, dan telah bergerak dalam keadaan yang buruk melalui 800 batu melalui mukabumi yang amat sukar. Mereka telah menggalas dengan bersama mereka, senjata automatik ringan, rifle dan peluru. Sebagaimana yang disebut leh Jeneral Percival, ia merupakan 'pencapaian ketahanan yang hebat yang pastinya tahap tinggi dalam hikayat perperangan. Iaadalah bukti yang kukuh mengenia tahap moral batalion yang bagus ini bahawa ia kekal sebagai badanyang kemas dan berdisplin sehingga saat akhir.'